Kokerspaniel Amerika
Kokerspaniel Amerika

Kokerspaniel Amerika

Kokerspaniel Amerika atau cocker spaniel Amerika[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing sukan. Ia merupakan anjing jenis spaniel yang berkait rapat dengan kokerspaniel Inggeris; kedua-dua baka ini mencapah pada abad ke-20 kerana piawaian baka berlainan di Amerika Syarikat dan di United Kingdom. Di Amerika Syarikat, baka ini biasanya dipanggil kokerspaniel atau cocker spaniel, sementara di tempat lain, ia dipanggil kokerspaniel Amerika atau cocker spaniel Amerika untuk membezakannya daripada sepupu Inggerisnya yang lebih lama. Perkataan cocker dikatakan berasald daripada kegunaan anjing ini untuk memburu woodcock di England, sementara "spaniel" dianggap berasal daripada asal usul baka anjing ini di Sepanyol.Spaniel pertama di Amerika datang dengan Mayflower pada tahun 1620, tetapi hanya mulai tahun 1878 kokerspaniel pertama didaftarkan dengan American Kennel Club (AKC). Sebuah kelab baka kebangsaan didirikan tiga tahun kemudian dan anjing yang dianggap sebagai bapa kepada baka moden, Ch. Obo II, lahir pada sekitar masa ini. Menjelang tahun 1920-an, keragaman Inggeris dan keragaman Amerika untuk cocker telah menjadi berbeza secara ketara dan pada tahun 1946 AKC mengiktiraf jenis Inggeris sebagai baka terpisah. Hanya mulai tahun 1970, The Kennel Club di United Kingdom mengiktiraf kokerspaniel Amerika sebagai baka terpisah daripada jenis Inggeris. Cocker Amerika merupakan baka paling popular di Amerika Syarikat semasa tahun 1940-an dan tahun 1950-an dan sekali lagi semasa tahun 1980-an, memuncak selama sejumlah 18 tahun. Ia juga telah memenangi gelaran best in show dalam Pertunjukan Anjing Westminister Kennel Club sebanyak empat kali dan telah dikaitkan dengan Presiden Amerika Syarikat beberapa kali dengan pemiliknya yang termasuk Richard Nixon dan Harry S. Truman. Pada tahun 2013, kokerspaniel menempati kedudukan ke-29 dalam statistik pendaftaran American Kennel Club bagi perbandingan bersejarah dan trend ketara.Baka ini merupakan anjing sukan terkecil yang diiktiraf oleh AKC dan kepala berbentuk uniknya menjadikannya mudah dikecam serta-merta. Sebagai tambahan, terdapat sesetengah perbezaan bertanda antaranya dengan saudara Inggerisnya. Ia merupakan baka gembira dengan purata kecerdasan kerja, namun kerana dibiakbakakan menurut piawaian pertunjukan, ia bukan lagi anjing pekerja unggul. Anggota baka ini menderitai pelbagai penyakit termasuk masalah dengan jantung, mata, dan telinga.

Kokerspaniel Amerika

TraitBuluWarna
Trait
Bulusederhana panjang, tebal, panjang
Warnaputih, hitam, perang, sawo matang, kelabu, merah, perang kekuning-kuningan
Negara asal Amerika Syarikat
Bulu sederhana panjang, tebal, panjang
Pengelasan dan piawaianFCI
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}}(Piawaian)
Warna putih, hitam, perang, sawo matang, kelabu, merah, perang kekuning-kuningan
Nama lain Cocker spaniel Amerika
Kokerspaniel (di Amerika Syarikat)
Cocker spaniel (di Amerika Syarikat)
Cocker
Merry cocker[1][2]
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}}

Rujukan

WikiPedia: Kokerspaniel Amerika https://www.akc.org/reg/dogreg_stats.cfm https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Americ... http://www.animalplanet.com/breed-selector/dog-bre... https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Spo... https://books.google.com/books?id=cHkKjYN5EV0C&dq=... https://books.google.com/books?id=cHkKjYN5EV0C&q=c... https://books.google.com/books?id=i2frQ4e1KgcC&q=%... https://books.google.com/books?id=qHpwuQo7ZIoC&q=m... https://web.archive.org/web/20210425180210/http://... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/167g08-e...